26 C
Padang
Sabtu, Juli 27, 2024
spot_imgspot_img
Beritasumbar.com

Anwar Ibrahim menemui tokoh ulama dan warga Minangkabau di Padang saat tausyiah subuh
A

Kategori -
- Advertisement -

BeritaSumbar.com,-28 Oktober 2018,-Seawal pagi kunjungan hari kedua, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diundang oleh Gubernur Sumatera Barat dan Walikota Padang beserta pimpinan Masjid Raya untuk memberikan Tausyiah subuh di Masjid Raya yang juga merupakan Masjid yang terbesar di Sumatera Barat, seramai lebih 350 jemaah yang hadir pada subuh tersebut dengan memuji Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang pejuang reformasi demi rakyat.
Setelah memberikan tausyiah subuh, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi oleh Gubernur Sumatera Barat dan Walikota Padang untuk meninjau keunikan sekeliling masjid raya yang menjadi ikon pelancongan/pariwisata yang berkonsepkan wajah rumah gadang.
Ketua Perwakilan kepada Gubernur Sumatera Barat dan Universitas Negeri Padang di Malaysia, Professor Dato’ Sri Dr. Alex Ong berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihat sihat dan sangat bertenaga untuk memberikan tausyiah subuh dan bersilaturahim dengan warga Minangkabau, beliau juga dipuji oleh tokoh masyarakat Minangkabau yang hadir dengan semangat ketabahannya selama dipenjara sehingga beliau boleh menjadi ahli parlimen port Dickson dan warga Minangkabau sangat menyokong kehadiran beliau dan mengharapkan beliau boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia ke – 8 dalam waktu yang tidak lama, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya juga mengucapkan berterima kasih kepada warga Minangkabau khususnya yang berada dikawasan parlimennya kerana memilih dan memberi peluang kepadanya berkhidmat untuk rakyat.
Sementara itu, juga kelihatan adalah Rektor Universitas Negeri Padang, Professor Ganefri yang hairan bagaimana Datuk Seri Anwar sentiasa kelihatan bertenaga dan semangat disaat memberikan ilmu dan juga ucapan kepada orang ramai, Rektor UNP juga memuji cara beliau mendekati rakyat sehinggakan setiap acara beliau dipenuhi oleh peminatnya untuk tampil berfoto kenangan, sesungguhnya berkongsi ilmu itu adalah suatu pahala.
Kehadiran Bapak Reformasi Malaysia ini sesungguhnya telah memberi impak yang besar kepada warga Minangkabau kedua buah Negara sekaligus meingkatkan lagi hubungan kedua buat negara dalam konteks silaturahim serumpun tambah Walikota Padang, Dato Marajo Mahyeldi Ansharullah.

Professor Dato’ Sri Dr. Alex Ong
Ketua Perwakilan Gubernur Sumatera Barat dan Universitas Negeri Padang di Malaysia 
- Advertisement -
- Advertisement -

BERITA PILIHAN

- Advertisement -
- Advertisement -

Tulisan Terkait

- Advertisement -spot_img