Penulisan: Mohd Nashrul Hafiz
Pada lagu Ezad Lazim atau bekas vokalis kumpulan Exist iaitu “Demi Cinta” adalah lagu yang ditujukan khas buat isterinya.
Dia cipta lagu ni sebab dia nak hargai isteri dia yang sentiasa bersama dengan dia walaupun dia pernah harungi episod yang paling hitam dalam hidup dia. Ezad ni, dia adalah salah seorang bekas penagih dadah dan dia mempunyai seorang isteri yang dapat terima dia walau bagaimanapun keadaan dia.
Kalau kau search dekat youtube “Ezad Exist Ditahan Milik Dadah”, kau akan dapat tengok isteri dia masih mengucapkan “I love you so much” walaupun suaminya, Ezad ditangkap kerana tuduhan miliki dadah membuktikan isteri dia tetap bersama walaupun suaminya dalam derita.
Pada aku, itulah cinta yang sebenar. Kalau betul kau cinta, kau akan pertahankan cinta kau, walau apa pun dugaan yang datang. Manis ke, pahit ke, bahagia ke, derita ke, tapi demi cinta, kau tetap bertahan dan mempertahankan. Dan percayalah, kalau kau bertahan dengan dugaan tu, kau akan dapat rasa lebih bahagia daripada sebelumnya.
Lihat sahajalah, peristiwa yang berlaku pada sahabat Nabi, Bilal bin Rabah R.A yang diletakkan batu pada masa panas terik, tetapi demi cinta kepada Allah, mulutnya terus tetap mengatakan “Ahad, ahad, ahad.” (Yang Esa, Yang Esa, Yang Esa), juga seorang sahabat Nabi iaitu Khabab bin Arats R.A yang telah diseksa dengan batu panas yang penuh bara tetapi terus berjuang Fi Sabilillah.
Kesemua derita-derita yang dihadapi mereka langsung tidak menjejaskan cinta mereka pada Allah. Kerana mereka yakin dengan cinta mereka. Lalu mereka buktikan dengan kesetiaan dalam cinta, iaitu istiqamah dalam perjuangan walaupun pelbagai ujian yang datang.
“Walau berdepan derita,
Kau selalu terus setia,
Dan bertahan demi cinta,
Yang pernah ku janji dulu.”
Ezad Lazim Exist – Demi cinta.
“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”
[At-Taubah 9: 41]
Jika cinta, buktikan cintamu, pada Allah.